Thursday, November 25, 2010

Training jamming

Yea... yeaggghhhhh!!!!

Mungkin orang tak tau yang aku main untuk band tourism (tempat keje aku). Walaupun aku main lead guitar, tapi aku takde la teror mane. setakat goreng2 tu blh la, tapi xde la power. Klu orang terer tgk aku main, die anggap macam sampah je.....

tapi aku terus training, dah lame x terer2. xpe la, teruskan training. huhuhu.... mcm mane pun, aku puas main dgn band tourism ni. walaupun group kecik. politik tetap ade. pening kepale gua beb...

insyaAllah 26hb Nov 2010, akan ade show untuk Dinner Jasamu Dikenang kat Seri Pacific Hotel. so, sekarang ni tengah practice untuk show tu nanti. Harap-harap show tu berjalan lancar. Kalau ade amik gambar nanti aku upload la dlm blog ni. untuk kenang-kenangan.

ok, petang ni sambung jamm. jumpe nanti, beress.....

Terbuka hati

Alhamdulillah... akhirnya terbuka jgak hati aku nak buat blog personal. asalnya aku x bape suke blog-blog personal ni. Yang nak menulis-menulis bende2 yang remeh temeh. nak tarik perhatian orang.

tapi bile tengok berapa banyak orang buat blog, dan baca-baca blog orang. aku jadi seronok, tu yang terbuka jgak hati aku nak buat blog.

So, tak macam blog-blog aku yang lain, blog ini lebih santai dan bebas. sape2 yang nak baca tu dipersilakan. sapa yang tak suka dengan bahasa aku, boleh klik button comment kat bawah, pastu kutuk la sepuas-puasnya.
tapi bahasa-bahasa yang aku gune akan campur la skema sket, supaya google senang nak detect.

selain dari tu, blog ini juga usaha aku untuk menambah pendapatan, korang tengok kat sebelah tu ade nuffnang, tu la maksud aku. klu nak tolong, korang tolong la klik sekali kat iklan tu. pastu layan la iklan tu. kadang-kadang iklan dia best gak. ade gak la faedah kalau korang klik.

rasanya sampai sini je dulu, nanti rase tangan gatal lagi, aku post lagi...

selamat....