Wednesday, December 8, 2010

Focus vs Fokus

Focus vs Fokus

tak ada apa yang perlu di "Vs" kan sebenarnya, Focus itu perlu di tambah dengan Fokus supaya lebih fokus dan focus. aku ada banyak kerja nak kena settle.

1. Kerja office aku dari bulan 3-12 dah menanti. kene siap sebelum bulan 2
2. Persiapan kahwin aku, kene settle ofcourse sebelum aku kawin bulan june 2011
3. Bisnes2 sampingan aku.... huhuhu... penat...

jom sambung fokus vs focus!!

Thursday, December 2, 2010

No more FB during office hour

Aduh... banyaknye kerja aku ni. bawah meja ni dah tak muat nak sumbat file lagi. macam mana aku nak siapkan kerja-kerja ni. Lalu aku pun termenung dan berfikir sejenak.

1. Mungkin salah satu sebab aku lambat buat kerja adalah Facebook atau FB. Mane tak nye, buat keje sket, tengok notification. Delay la kerja... tak boleh jadi. kena stop main FB kat office sekarang jugak.

2. Update blog kat Office - semua orang tau aku buat bisnes online. Jual heli la kat http://nastoysshop.blogspot.com/ dan meniaga Ice Blended http://resepiiceblended.blogspot.com/.  So, pada kebiasaannya, aku akan update blog aku waktu offce. sebab idea akan mencurah-curah time office hour. Tapi bila pikir balik, banyak lagi kerja office aku nak kene settlekan. So skang, ade idea, aku simpan dalam buku nota aku. pastu aku tulis dalam buku nota aku. time-time malam macam ni, aku kuarkan la idea-idea bernas aku tu. hahaha....

3. Jamming dan keluar- bende ni memang aku takleh elak. macam mana pun aktiviti jamming kat office mesti di teruskan. Sebab hidup mesti berkarya. dan jamming adalah salah satu cara aku release tensen. so, mungkin kene kurangkan la sket... huhuhu.

ok, itu saja untuk kali ni, see you later...

Thursday, November 25, 2010

Training jamming

Yea... yeaggghhhhh!!!!

Mungkin orang tak tau yang aku main untuk band tourism (tempat keje aku). Walaupun aku main lead guitar, tapi aku takde la teror mane. setakat goreng2 tu blh la, tapi xde la power. Klu orang terer tgk aku main, die anggap macam sampah je.....

tapi aku terus training, dah lame x terer2. xpe la, teruskan training. huhuhu.... mcm mane pun, aku puas main dgn band tourism ni. walaupun group kecik. politik tetap ade. pening kepale gua beb...

insyaAllah 26hb Nov 2010, akan ade show untuk Dinner Jasamu Dikenang kat Seri Pacific Hotel. so, sekarang ni tengah practice untuk show tu nanti. Harap-harap show tu berjalan lancar. Kalau ade amik gambar nanti aku upload la dlm blog ni. untuk kenang-kenangan.

ok, petang ni sambung jamm. jumpe nanti, beress.....

Terbuka hati

Alhamdulillah... akhirnya terbuka jgak hati aku nak buat blog personal. asalnya aku x bape suke blog-blog personal ni. Yang nak menulis-menulis bende2 yang remeh temeh. nak tarik perhatian orang.

tapi bile tengok berapa banyak orang buat blog, dan baca-baca blog orang. aku jadi seronok, tu yang terbuka jgak hati aku nak buat blog.

So, tak macam blog-blog aku yang lain, blog ini lebih santai dan bebas. sape2 yang nak baca tu dipersilakan. sapa yang tak suka dengan bahasa aku, boleh klik button comment kat bawah, pastu kutuk la sepuas-puasnya.
tapi bahasa-bahasa yang aku gune akan campur la skema sket, supaya google senang nak detect.

selain dari tu, blog ini juga usaha aku untuk menambah pendapatan, korang tengok kat sebelah tu ade nuffnang, tu la maksud aku. klu nak tolong, korang tolong la klik sekali kat iklan tu. pastu layan la iklan tu. kadang-kadang iklan dia best gak. ade gak la faedah kalau korang klik.

rasanya sampai sini je dulu, nanti rase tangan gatal lagi, aku post lagi...

selamat....